Semua pelajar Politeknik Muadzam Shah diperlindungkan dibawah Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. Kadar sumbangan yang dikenakan bagi setiap pelajar ialah RM 35.00 setahun. Sekiranya pelajar mengalami kemalangan atau kematian, pelajar atau waris boleh berhubung dengan Penyelaras Kebajikan / Biasiswa dan Pinjaman di Jabatan Akademik Induk secepat mungkin bagi tujuan tuntutan insuran. Syarikat insuran perlu memaklumkan dalam tempoh (30) HARI dari tarikh kemalangan atau kematian.
BIL SKOP PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
1. Kematian Biasa - Death NC 5,400.00
2. Kematian Kemalangan 10,800.00
3. Keilatan Kekal Seluruh Anggota Badan 5,400.00
4. Keilatan Kekal Seluruh Anggota Badan Akibat Kemalangan 10,800.00
5. Keilatan Kekal Separa Anggota Badan Akibat Kemalangan 10,800.00
6. Perbelanjaan Pengkebumian 1,000.00
7. Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan 500.00
Dokumen Sokongan (untuk Tuntutan Manfaat Takaful mengikut jenis tuntutan)
Pelajar atau waris mesti mengemukakan dokumen sokongan berikut untuk tujuan tuntutan :
BIL 1 JENIS TUNTUTAN - KEMATIAN BIASA DAN PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar & Waris)
- Salinan Kad Pelajar
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Permit Menguburkan (Pengkebumian)
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Kematian Takaful Keluarga Berkelompok
BIL 2 JENIS TUNTUTAN - KEMATIAN KEMALANGAN DAN PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar dan Waris)
- Salinan Kad Pelajar
- Salinan Laporan Polis
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Permit Menguburkan (Pengkebumian)
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan
- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Kematian Takaful Keluarga
BIL 3 JENIS TUNTUTAN - KEILATAN KEKAL SELURUH ANGGOTA BADAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar)
- Salinan Kad Pelajar
- Laporan Perubatan yang mengesahkan peratusan keilatan
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan
- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Keilatan Takaful Keluarga Berkelompok
BIL 4 JENIS TUNTUTAN - KEILATAN KEKAL SELURUH ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar)
- Salinan Kad Pelajar
- Laporan Perubatan yang mengesahkan peratusan keilatan
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan
- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Keilatan Takaful Keluarga Berkelompok
BIL 5 JENIS TUNTUTAN - KEILATAN KEKAL SEPARA ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar)
- Salinan Kad Pelajar
- Laporan Perubatan yang mengesahkan peratusan keilatan
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan
- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Keilatan Takaful Keluarga Berkelompok
BIL 6 JENIS TUNTUTAN - PERBELANJAAN PERUBATAN AKIBAT KEMALANGAN
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Pelajar)
- Salinan Kad Pelajar
- Salinan Laporan Polis
- Laporan Perubatan Hospital
- Bil Rawatan Asal
- Salinan Nota Discaj (Discharge Note)
- Salinan Sijil Sakit
Jenis Borang Yang Perlu Dilengkapkan
- Borang Tuntutan Takaful Keluarga
- Borang Tuntutan Keilatan Takaful Keluarga Berkelompok